welcOme to my blOg

Wednesday, 10 July 2013

BERITA TERKINI: Tips Memilih Pacar Yang Baik dan Pengertian

BERITA TERKINI: Tips Memilih Pacar Yang Baik dan Pengertian:         Memiliki pacar yang baik dan pengertian adalah idaman bagi semua orang. Sangant sedikit sekali mempunyai Capar (Calon Pacar) yang...

Sunday, 23 June 2013

Amalan Malam Nifsu Syaaban

Assalamualaikum w.b.t

hye!!! salam nifsu syaaban semua.. di sini, Naja nak kongsikan amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam nifsu syaaban dan juga disertakan sekali sabda-sabda Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan malam nifsu syaaban.. ^_^

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?”    (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah;  Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah  SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

.
A.   Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
  • Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
  • Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
  • Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda:  “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.”  (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)

B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
tulah yang dapat naja kongsikan.. wauwallahhualam  bissawab.. sekian.. wasalam.. 


Wednesday, 19 June 2013

URGENT !!!!!

Assalamualaikum w.b.t

URGENT !!! wah,gempak betul title entri Naja kali ni.. hehe sebenarnya tak adalah urgent mana pon.. Just nak cakap account Facebook and Twitter Naja, Naja deactive buat sementara waktu.. Nanti bulan Syawal datang, Naja active kan balik.. hehe  so,untuk sementara ni tak usahlah nak dok tekan2 button fb dan twitter tu.. memang x dapatlah nak bukaknya.. huhu :3

Ni semua gara-gara janji dengan kawan, Ihtisyam Mansor (bukan anda kenal pon.. haha xD ) untuk tak nak online sampai raya 2013 ni.. so,daripada Naja mungkir janji dan dok mengesearch at google "facebook" and "twitter",Naja deactive lah account naja ni untuk sementara waktu.. huhu itulah kisahnya,kitorang janji nak belajar betul2 lepas naik cuti sekolah 2 minggu hari tu supaya masing2 boleh jadi cikgu mengajar antara satu sama lain.. haha Disebabkan dia sekolah at sekolah berasrama penuh,memang menepati janjilah.. sebab tak dapat nak online waktu sekolah.. kalau Naja yang belajar at sekolah harian ni terpaksalah dipaksa mental dan fizikal supaya dapat menepati janji yang telah dibina dengan rakan nih.. *cewahh!! ayat x boleh bla.. haha  itu yang naja ambil inisiatif deactive account tu.. kalau tak deactive terok pulak jadinya nanti.. hoHo

Okeylah,cukuplah naja berceloteh,mengarut benda yang x penting dan x berfaedah nih.. untuk anda yang ada benda lagi URGENT nak di cari tapi terjebak dekat post ni,sorry banyak2 lah yerr.. tidak disengajakan..  haha

sekian,salam sayang dari gadis serba kekurangan.. wassalam~

Tuesday, 18 June 2013

all about ZINA !!!

Assalamualaikum w.b.t

Begitu ramai orang muda yang sudah jatuh ke dalam lembah penzinaan. Orang tua pun dua kali lima juga.
Tahun lepas saya baca satu artikel dalam surat khabar berkenaan gadis-gadis muda yang jual tubuh kerana inginkan duit untuk membeli gajet-gajet mahal. Ya Allah! Sedarlah, walaupun gajet-gajet tu harganya berjuta-juta ringgit sekalipun, maruah seorang gadis itu jauh lebih mahal. Malah, tiada tag harga! Priceless! Tapi, atas desakan peer pressure dan obsesi dunia sekarang dengan gajet-gajet mahal, mereka crumble.
Tu belum sembang lagi pasal berita-berita buang bayi yang masih lagi ada di dada-dada akhbar. Saya juga pernah menerima satu atau dua emel daripada individu-individu yang telah berzina.
Sedih.

Terlanjur?

Apabila kes-kes seperti ini ditulis dalam akhbar atau di mana-mana sahaja, sering kali saya melihat description yang diberikan adalah hamba Allah berkenaan telah “terlanjur”. Mengapa “terlanjur”? Seakan-akan perkara tersebut terjadi dengan tidak sengaja dengan adanya imbuhan “ter-” di situ.
Zina tidak berlaku dalam sekelip mata. Zina tidak “ter”jadi. Zina ada prosesnya dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan, atau beberapa tahun. Tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti ialah jika kita masuk jalannya dan terus menyusuri jalan tersebut, maka eventually kita akan sampai ke destinasinya. Tidak ada istilah, “Oops, saya telah berzina!”
Zina ini adalah satu destinasi. Maka, kita jauhi jalan-jalan yang membawa kita kepada destinasi tersebut.
“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Surah al-Isra’, Ayah 32)
Ayat ni memang straightforward. Kalau tak baca tafsirnya pun boleh faham maksudnya.
Zina itu adalah atas persetujuaan kedua-dua belah pihak – lelaki dan perempuan. Kalau tidak, itu tidak dipanggil zina, itu dipanggil rogol. Dalam kes rogol, ia berbeza. Ada pemangsa dan ada mangsa. Dalam kes zina, kedua-dua pihak adalah pemangsa dan mangsanya hanyalah diri mereka sendiri. Jadi, dalam kes zina, kedua-dua pihak bertanggungjawab dan mereka harusface the consequences.
We are responsible for the things that we do.

Solusi: Kahwin?

Ada golongan yang memberikan cadangan kepada mereka yang hangat ber”cinta” ini, “Korang tu dah hangat sangat. So daripada korang masuk berzina, baik korang kahwin je.” Bagus. Lebih baik berkahwin daripada berzina.
Bagus.
Tapi persoalan saya di sini ialah macam mana diorang boleh hangat sangat sampai ke tahap nak hampir-hampir berzina tu? Bukankah perkara ini kita harus dielakkan daripada awal? Janganlah sampai nak hampir-hampir berzina baru kita nak cakap, “Oh, baik kahwin je la.”
Perkahwinan itu bukanlah escape rope untuk mereka hangat ber”cinta” sampai nak hampir-hampir berzina. Perkahwinan itu perlukan persediaan dan planning. Kita sepatutnya approachperkahwinan dengan cara yang betul dari awal lagi. Bukannya “Oops, nak hampir berzina dah ni, jom kita kahwin!”

Selepas Zina, Reaksi Kita

Saya ni bukannya kaki kondem. Saya orang yang optimis. Bagi mereka yang berzina, kalau mereka datang kepada saya untuk meminta pertolongan, maka saya akan bantu seboleh-bolehnya. Saya tidak akan kata, “Ha, padan muka!” Itu tidak akan menyelesaikan masalahnya.
Katakanlah (nau’zubillah), zina sudah berlaku. Apa kita patut buat?
Kita, sebagai satu komuniti, harus bantu mereka yang terlibat untuk kembali ke jalan Allah. Bantu mereka untuk bertaubat. Bukannya kita sisihkan mereka dan label mereka sebagai “si penzina” for the rest of his/her life. Bagaimana mungkin individu tersebut ingin teruskan hidup mereka jika attitude kita begitu?
Jika seseorang itu telah bertaubat dengan ikhlas, bukankah Allah akan mengampuninya? Mengapa kita ingin mengungkit-ungkit perkara lama? Mengapa kita ingin menoreh lebih dalam lukanya yang sedang sembuh?
“Say, ‘O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.’” (Surah az-Zumar, Ayah 53)

Sebelum Zina, Harus Waspada

Bagi kita yang tidak berzina, tidak menghampiri zina, dan yang menghampiri zina tapi belum berzina, jangan kita fikir, “Ah, benda ni takkan jadi kat aku! Ah, benda ni takkan jadi kat anak-anak aku.” Kenapa nak tipu diri? Sedangkan Nabi Yusuf pun pernah diuji nafsunya, apatah lagi kita ni? Nabi Yusuf pun berketar gegar meminta pertolongan Allah di kala dia diuji dengan seorang wanita, maka kita pun patut meminta pertolongan Allah untuk dikuatkan diri dan berhati-hati untuk tidak terjebak dengan apa-apa perbuatan yang boleh membawa kita kepada destinasi zina.
Bagi kita yang tidak berzina dan tidak menghampiri zina, jangan kita fikir, “Ah, padan muka diorang ni! Sape suruh gatal sangat!” Instead, kita harus fikir, “Apakah aku dah buat sedaya upaya aku untuk elak perkara ini daripada berlaku?” Saya percaya, perbuatan kita akan affectorang lain. Walaupun kita mungkin tiada relation langsung dengan Muslimin atau Muslimat yang telah berzina, kita sebagai a part of the community harus rasa bertanggungjawab.
Evaluate diri kita.

Bagaimana Environment Kita?

Sebagai masyarakat, apakah kita telah wujudkan satu environment yang sihat yang boleh mengelak berlakunya zina? Atau apakah komuniti kita ini mewujudkan jalan-jalan menuju zina?
Jika berlakunya zina (nau’zubillah), apakah kita telah wujudkan environment di mana mereka yang berzina itu boleh heal dan kembali kepada Allah? Saya tidak maksudkan di sini wujudkan pusat-pusat pemulihan zina (walaupun itu mewujudkan satu jalan pemulihan untuk mereka yang berzina). Apa yang saya maksudkan ialah kita sebagai komuniti, apakah kita menolong mereka untuk bertaubat ataupun kita kondem mereka sampai mereka rasa tak nak hidup dah atas muka bumi ni?
Sebagai keluarga, apakah kita telah didik ahli-ahli keluarga kita supaya mereka aware akan bahayanya zina dan equip mereka dengan ilmu-ilmu yang berguna yang dapat shield mereka apabila mereka menghadapi dunia luar yang mencabar Iman? Kita sebagai ayah, ibu, abang, atau kakak, apakah kita telah memainkan peranan kita sebagai pendidik kepada orang di bawah jagaan kita?
Sebagai rakan, apakah kita menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain? Ataupun kita ni kaki ajak rakan-rakan buat benda yang bukan-bukan?
Sebagai individu, apakah kita telah didik diri sendiri untuk menjauhi zina?
Kalau jawapan kepada mana-mana soalan di atas atau semua soalan di atas adalah “Tidak,” maka jangan kita nak tuding jari sana sini.
Kalau rasa nak tuding jari jugak, tuding kat cermin

Monday, 17 June 2013

Tanda-tanda si dia mencintaimu..

Assalamualaikum w.b.t

Entri yang Naja buat kali ni agak sedikit jiwang.. hehe Disini Naja sertakan 4 tanda lelaki itu mencintai seseorang wanita.. Semoga bermanfaat buat kalian.. ^_^


SELALU BERHUBUNG
Kalau lelaki itu cintakan perempuan tu dia akan selalu mengingati wanita yang dia cintai tu. Walaupom bercinta jarak jaoh, si lelaki akan selalu berhubungdengan wanita itu dengan pelbagai cara..ala contohnya kol ke, mesej ke tak pom webcam..sekarang kan dah maju..hee..zaman-zaman dulu balas-balas surat je. Walaupom busy camne pom dia tak akan lupakan korang macam omputih cakaplah "No matter how busy someone is, if they love you and care they will find a way to make time for you. Even the smallest text message or quickest phone call can say a thousand words."
MENGAMBIL BERAT
Apa sahaja yang kamu buat, dimana sahaja kamu berada si lelaki ni akan tahu. Dia ingin tahu semuanya tentang perempuan yang dia cintai tu. Dia bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk tentang korang. Bila korang perlukan bantuan atau apa-apa pertolongan dialah orang pertama yang akan membantu korang.
MENANGIS
Tersangat-sangat sukar dan susah nak tengok lelaki ni menangis tau. Kalau korang tak caye korang tengok sendiri ayah korang tuh, pernah dia menangis jika hal yang temeh-temeh berlaku??tak kan?susah sangatlah nak tengok lelaki ni menangis. Tapi lelaki yang mencintai korang akan menangis jika apa-apa berlaku kepada korang dan jika perhubungan korang tak kesampaian, percayelah..dia akan menangis walaupom seego mana pom si lelaki tu tetap akan kalah dengan perempuan yang dicintainya.
AJAK KAWIN
Okay, yang ni memang the best part...heee..tak kanlah cakap cinta, sayang bagai tapi tak ajak kawin kan?lelaki yang mencintai perempuan tu setulus hatikompem ajak perempuan tu kawin. Dia sanggup terima kelebiham mahupun kelemahan wanita tersebut dan dia ingin dirikan mahligai bahagia bersama hingga ke syurga..insyaAllah.
Pesanan Naja buat gadis-gadis diluar sana mahupun yang sedang membace entry Naja ni, pilihlah lelaki yang betol-betol mencintai anda..sebab bila lelaki mencintai, dia betol-betol akan mencintai dan dia tak akan meninggalkan anda sendirian tanpa sebab yang kukuh*tak hensem takpe asalkan manis tu ade..kwi3*..insyaAllah bahagia milik kita. Aminn
wauwallahhualam bisawab..sekian dari Naja.. wassalam~

buat mereka yang bergelar wanita terutamanya suri rumah..




"Kes kecurangan rumahtangga sekarang ni amat kritikal. Sangat ramai suami 'soleh' buat perangai. Secara jujur, saya jadi gelisah melihat muslimah-muslimah yang gemuk, anak berderet, tidak menjaga penampilan.

Its not fair sebab lelaki pun ramai yang gemuk, hodoh, tidak jaga penampilan dan makan sesuka hati. Tetapi apakan daya, realiti menyebabkan lelaki lebih mudah mensesiakan isteri. Maka sebagai suami, dan saya tahu saya tidak pernah dilantik menjadi jurucakap para suami, saya nasihatkan, kaji betul-betul watak isteri Rasulullah SAW terutamanya Khadijah dan Aisyah. Mereka sangat berbeza daripada watak 'wanita solehah' kita.

Mereka wanita yang lively.

Bukan sami'na wa atha'na, setia di rumah menguli tepung, menjaga makan minum anak-anak dan suami serta kuat beribadah. Mereka adalah wanita dinamik, ada kerjaya, malah 'mengajar' para sahabat, sub kepada tugas Rasulullah SAW.

Watak surirumah solehah kita banyak mematikan sunnah sebenar wanita yang dikehendaki Islam terutamanya aspek Sunnatullah"

Sumber: Status FB & twitter SaifulIslam

p/s: kesimpulannya kat sini, walaupun dah kawen penampilan perlulah dijaga*bawulah suami tak lari*..huu

sikap wanita yang disukai lelaki


Wanita Solehah Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…