blog ni saja saya buat suka2 untuk berceloteh dan berkongsi maklumat kepada kalian.. harap anda berpuas hati dengannya.. yang baik datang dari Allah s.w.t dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.. wauwallahhualam bisawab..
welcOme to my blOg
Wednesday, 10 July 2013
BERITA TERKINI: Tips Memilih Pacar Yang Baik dan Pengertian
BERITA TERKINI: Tips Memilih Pacar Yang Baik dan Pengertian: Memiliki pacar yang baik dan pengertian adalah idaman bagi semua orang. Sangant sedikit sekali mempunyai Capar (Calon Pacar) yang...
Sunday, 23 June 2013
Amalan Malam Nifsu Syaaban
Assalamualaikum w.b.t
hye!!! salam nifsu syaaban semua.. di sini, Naja nak kongsikan amalan-amalan yang boleh kita lakukan pada malam nifsu syaaban dan juga disertakan sekali sabda-sabda Rasulullah s.a.w mengenai kelebihan malam nifsu syaaban.. ^_^
Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah SWT berfirman:“Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Terdapat beberapa riwayat lain yang menyatakan kelebihan Malam Nisfu Syaaban ini;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila tiba malam pertengahan Syaaban, Allah akan memerhatikan makhluknya dengan pemerhatian yang penuh. Maka Allah akan mengampunkan orang yang beriman, membiarkan orang kafir, meninggalkan orang yang berkhianat dengan kekhianatan mereka hingga mereka berdoa kepada Allah (untuk pengampunan mereka).”
Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”
Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”
AMALAN MALAM NISFU SYAABAN
.
A. Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan tertib dan setiap satunya diniatkan memohon:
- Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- Ditetapkan iman sehingga ke akhir hayat dan dijauhkan dari bala bencana.
- Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.
Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam pertengahan bulan Syaaban, Allah menyampaikan wahyu kepada malaikat maut setiap orang yang akan dicabut nyawanya pada tahun itu.” (Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Dainuri)
B. Pada malam Nisfu Syaaban digalak memperbanyakkan beristighfar (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil serta mohon diampunkan Allah dosa-dosa ibu bapa dan keluarga kita. Antaranya;
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.
Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.
tulah yang dapat naja kongsikan.. wauwallahhualam bissawab.. sekian.. wasalam..
Wednesday, 19 June 2013
URGENT !!!!!
Assalamualaikum w.b.t
URGENT !!! wah,gempak betul title entri Naja kali ni.. hehe sebenarnya tak adalah urgent mana pon.. Just nak cakap account Facebook and Twitter Naja, Naja deactive buat sementara waktu.. Nanti bulan Syawal datang, Naja active kan balik.. hehe so,untuk sementara ni tak usahlah nak dok tekan2 button fb dan twitter tu.. memang x dapatlah nak bukaknya.. huhu :3
Ni semua gara-gara janji dengan kawan, Ihtisyam Mansor (bukan anda kenal pon.. haha xD ) untuk tak nak online sampai raya 2013 ni.. so,daripada Naja mungkir janji dan dok mengesearch at google "facebook" and "twitter",Naja deactive lah account naja ni untuk sementara waktu.. huhu itulah kisahnya,kitorang janji nak belajar betul2 lepas naik cuti sekolah 2 minggu hari tu supaya masing2 boleh jadi cikgu mengajar antara satu sama lain.. haha Disebabkan dia sekolah at sekolah berasrama penuh,memang menepati janjilah.. sebab tak dapat nak online waktu sekolah.. kalau Naja yang belajar at sekolah harian ni terpaksalah dipaksa mental dan fizikal supaya dapat menepati janji yang telah dibina dengan rakan nih.. *cewahh!! ayat x boleh bla.. haha itu yang naja ambil inisiatif deactive account tu.. kalau tak deactive terok pulak jadinya nanti.. hoHo
Okeylah,cukuplah naja berceloteh,mengarut benda yang x penting dan x berfaedah nih.. untuk anda yang ada benda lagi URGENT nak di cari tapi terjebak dekat post ni,sorry banyak2 lah yerr.. tidak disengajakan.. haha
sekian,salam sayang dari gadis serba kekurangan.. wassalam~

Tuesday, 18 June 2013
all about ZINA !!!
Assalamualaikum w.b.t
Begitu ramai orang muda yang sudah jatuh ke dalam lembah penzinaan. Orang tua pun dua kali lima juga.

Tahun lepas saya baca satu artikel dalam surat khabar berkenaan gadis-gadis muda yang jual tubuh kerana inginkan duit untuk membeli gajet-gajet mahal. Ya Allah! Sedarlah, walaupun gajet-gajet tu harganya berjuta-juta ringgit sekalipun, maruah seorang gadis itu jauh lebih mahal. Malah, tiada tag harga! Priceless! Tapi, atas desakan peer pressure dan obsesi dunia sekarang dengan gajet-gajet mahal, mereka crumble.
Tu belum sembang lagi pasal berita-berita buang bayi yang masih lagi ada di dada-dada akhbar. Saya juga pernah menerima satu atau dua emel daripada individu-individu yang telah berzina.
Sedih.
Terlanjur?
Apabila kes-kes seperti ini ditulis dalam akhbar atau di mana-mana sahaja, sering kali saya melihat description yang diberikan adalah hamba Allah berkenaan telah “terlanjur”. Mengapa “terlanjur”? Seakan-akan perkara tersebut terjadi dengan tidak sengaja dengan adanya imbuhan “ter-” di situ.
Zina tidak berlaku dalam sekelip mata. Zina tidak “ter”jadi. Zina ada prosesnya dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan, atau beberapa tahun. Tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti ialah jika kita masuk jalannya dan terus menyusuri jalan tersebut, maka eventually kita akan sampai ke destinasinya. Tidak ada istilah, “Oops, saya telah berzina!”
Zina ini adalah satu destinasi. Maka, kita jauhi jalan-jalan yang membawa kita kepada destinasi tersebut.
“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Surah al-Isra’, Ayah 32)
Ayat ni memang straightforward. Kalau tak baca tafsirnya pun boleh faham maksudnya.
Zina itu adalah atas persetujuaan kedua-dua belah pihak – lelaki dan perempuan. Kalau tidak, itu tidak dipanggil zina, itu dipanggil rogol. Dalam kes rogol, ia berbeza. Ada pemangsa dan ada mangsa. Dalam kes zina, kedua-dua pihak adalah pemangsa dan mangsanya hanyalah diri mereka sendiri. Jadi, dalam kes zina, kedua-dua pihak bertanggungjawab dan mereka harusface the consequences.
We are responsible for the things that we do.
Solusi: Kahwin?
Ada golongan yang memberikan cadangan kepada mereka yang hangat ber”cinta” ini, “Korang tu dah hangat sangat. So daripada korang masuk berzina, baik korang kahwin je.” Bagus. Lebih baik berkahwin daripada berzina.
Bagus.
Tapi persoalan saya di sini ialah macam mana diorang boleh hangat sangat sampai ke tahap nak hampir-hampir berzina tu? Bukankah perkara ini kita harus dielakkan daripada awal? Janganlah sampai nak hampir-hampir berzina baru kita nak cakap, “Oh, baik kahwin je la.”
Perkahwinan itu bukanlah escape rope untuk mereka hangat ber”cinta” sampai nak hampir-hampir berzina. Perkahwinan itu perlukan persediaan dan planning. Kita sepatutnya approachperkahwinan dengan cara yang betul dari awal lagi. Bukannya “Oops, nak hampir berzina dah ni, jom kita kahwin!”
Selepas Zina, Reaksi Kita
Saya ni bukannya kaki kondem. Saya orang yang optimis. Bagi mereka yang berzina, kalau mereka datang kepada saya untuk meminta pertolongan, maka saya akan bantu seboleh-bolehnya. Saya tidak akan kata, “Ha, padan muka!” Itu tidak akan menyelesaikan masalahnya.
Katakanlah (nau’zubillah), zina sudah berlaku. Apa kita patut buat?
Kita, sebagai satu komuniti, harus bantu mereka yang terlibat untuk kembali ke jalan Allah. Bantu mereka untuk bertaubat. Bukannya kita sisihkan mereka dan label mereka sebagai “si penzina” for the rest of his/her life. Bagaimana mungkin individu tersebut ingin teruskan hidup mereka jika attitude kita begitu?
Jika seseorang itu telah bertaubat dengan ikhlas, bukankah Allah akan mengampuninya? Mengapa kita ingin mengungkit-ungkit perkara lama? Mengapa kita ingin menoreh lebih dalam lukanya yang sedang sembuh?
“Say, ‘O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.’” (Surah az-Zumar, Ayah 53)
Sebelum Zina, Harus Waspada
Bagi kita yang tidak berzina, tidak menghampiri zina, dan yang menghampiri zina tapi belum berzina, jangan kita fikir, “Ah, benda ni takkan jadi kat aku! Ah, benda ni takkan jadi kat anak-anak aku.” Kenapa nak tipu diri? Sedangkan Nabi Yusuf pun pernah diuji nafsunya, apatah lagi kita ni? Nabi Yusuf pun berketar gegar meminta pertolongan Allah di kala dia diuji dengan seorang wanita, maka kita pun patut meminta pertolongan Allah untuk dikuatkan diri dan berhati-hati untuk tidak terjebak dengan apa-apa perbuatan yang boleh membawa kita kepada destinasi zina.
Bagi kita yang tidak berzina dan tidak menghampiri zina, jangan kita fikir, “Ah, padan muka diorang ni! Sape suruh gatal sangat!” Instead, kita harus fikir, “Apakah aku dah buat sedaya upaya aku untuk elak perkara ini daripada berlaku?” Saya percaya, perbuatan kita akan affectorang lain. Walaupun kita mungkin tiada relation langsung dengan Muslimin atau Muslimat yang telah berzina, kita sebagai a part of the community harus rasa bertanggungjawab.
Evaluate diri kita.
Bagaimana Environment Kita?
Sebagai masyarakat, apakah kita telah wujudkan satu environment yang sihat yang boleh mengelak berlakunya zina? Atau apakah komuniti kita ini mewujudkan jalan-jalan menuju zina?
Jika berlakunya zina (nau’zubillah), apakah kita telah wujudkan environment di mana mereka yang berzina itu boleh heal dan kembali kepada Allah? Saya tidak maksudkan di sini wujudkan pusat-pusat pemulihan zina (walaupun itu mewujudkan satu jalan pemulihan untuk mereka yang berzina). Apa yang saya maksudkan ialah kita sebagai komuniti, apakah kita menolong mereka untuk bertaubat ataupun kita kondem mereka sampai mereka rasa tak nak hidup dah atas muka bumi ni?
Sebagai keluarga, apakah kita telah didik ahli-ahli keluarga kita supaya mereka aware akan bahayanya zina dan equip mereka dengan ilmu-ilmu yang berguna yang dapat shield mereka apabila mereka menghadapi dunia luar yang mencabar Iman? Kita sebagai ayah, ibu, abang, atau kakak, apakah kita telah memainkan peranan kita sebagai pendidik kepada orang di bawah jagaan kita?
Sebagai rakan, apakah kita menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain? Ataupun kita ni kaki ajak rakan-rakan buat benda yang bukan-bukan?
Sebagai individu, apakah kita telah didik diri sendiri untuk menjauhi zina?
Kalau jawapan kepada mana-mana soalan di atas atau semua soalan di atas adalah “Tidak,” maka jangan kita nak tuding jari sana sini.
Kalau rasa nak tuding jari jugak, tuding kat cermin
Monday, 17 June 2013
Tanda-tanda si dia mencintaimu..
Assalamualaikum w.b.t
Entri yang Naja buat kali ni agak sedikit jiwang.. hehe Disini Naja sertakan 4 tanda lelaki itu mencintai seseorang wanita.. Semoga bermanfaat buat kalian.. ^_^
SELALU BERHUBUNG
Kalau lelaki itu cintakan perempuan tu dia akan selalu mengingati wanita yang dia cintai tu. Walaupom bercinta jarak jaoh, si lelaki akan selalu berhubungdengan wanita itu dengan pelbagai cara..ala contohnya kol ke, mesej ke tak pom webcam..sekarang kan dah maju..hee..zaman-zaman dulu balas-balas surat je. Walaupom busy camne pom dia tak akan lupakan korang macam omputih cakaplah "No matter how busy someone is, if they love you and care they will find a way to make time for you. Even the smallest text message or quickest phone call can say a thousand words."
MENGAMBIL BERAT
Apa sahaja yang kamu buat, dimana sahaja kamu berada si lelaki ni akan tahu. Dia ingin tahu semuanya tentang perempuan yang dia cintai tu. Dia bimbang jika berlaku sesuatu yang buruk tentang korang. Bila korang perlukan bantuan atau apa-apa pertolongan dialah orang pertama yang akan membantu korang.
MENANGIS
Tersangat-sangat sukar dan susah nak tengok lelaki ni menangis tau. Kalau korang tak caye korang tengok sendiri ayah korang tuh, pernah dia menangis jika hal yang temeh-temeh berlaku??tak kan?susah sangatlah nak tengok lelaki ni menangis. Tapi lelaki yang mencintai korang akan menangis jika apa-apa berlaku kepada korang dan jika perhubungan korang tak kesampaian, percayelah..dia akan menangis walaupom seego mana pom si lelaki tu tetap akan kalah dengan perempuan yang dicintainya.
AJAK KAWIN
Okay, yang ni memang the best part...heee..tak kanlah cakap cinta, sayang bagai tapi tak ajak kawin kan?lelaki yang mencintai perempuan tu setulus hatikompem ajak perempuan tu kawin. Dia sanggup terima kelebiham mahupun kelemahan wanita tersebut dan dia ingin dirikan mahligai bahagia bersama hingga ke syurga..insyaAllah.
wauwallahhualam bisawab..sekian dari Naja.. wassalam~
Entri yang Naja buat kali ni agak sedikit jiwang.. hehe Disini Naja sertakan 4 tanda lelaki itu mencintai seseorang wanita.. Semoga bermanfaat buat kalian.. ^_^
Pesanan Naja buat gadis-gadis diluar sana mahupun yang sedang membace entry Naja ni, pilihlah lelaki yang betol-betol mencintai anda..sebab bila lelaki mencintai, dia betol-betol akan mencintai dan dia tak akan meninggalkan anda sendirian tanpa sebab yang kukuh*tak hensem takpe asalkan manis tu ade..kwi3*..insyaAllah bahagia milik kita. Aminn
buat mereka yang bergelar wanita terutamanya suri rumah..

sikap wanita yang disukai lelaki

9 ciri wanita idaman

Lantas, gunakan kelebihan dan kekuatan yang ada untuk mencipta kecemerlangan dalam diri untuk kebaikan bersama. Ingatlah bahawa setiap keindahan dan kesempurnaan itu hanya milik sang penakluk jiwa para hamba-hamba-NYA, yakni sang KHALIQ yang Maha Pencipta. Manakala pada kecacatan, keburukan dan kelemahan adalah ciptaan manusia itu sendiri
lElaki DaYUs apaBiLa...

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”
من قتل دون أهله فهو شهيد Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
11 gOlOngAn diHaRAmkAn mAsuK sYURga!!!
Nabi saw. bersabda, "Tiga golongan yang Allah haramkan baginya Syurga, orang yang ketagih arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa dan orang yang dayus (membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya)." (HR. Ahmad )
Nabi saw. bersabda, "Sesiapa yang Allah jadikan sebagai pemimpin rakyat, kemudian dia tidak jujur kepada mereka, maka Allah mengharamkan ke atasnya Syurga." (HR. Bukhari)
Nabi saw. bersabda, "Tiga manusia tidak akan masuk Syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang dayus dan perempuan yang menyerupai lelaki". (HR. Nasa’i, Bazzar dan al-Hakim)
Nabi saw. bersabda, “Tidak masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi.” (HR. Muslim)-sumber
p/s: semoga kita semua bukan dari 10 golongan ini..aminn
tIdUR mEngIKuT SunNaH rAsulUllAh s.a.w
Assalamualaikum..
kali ni naja nak kongsikan mengenai tidur.. hehe alang-alang jam telah menunjukkan pkul 12.43 a.m
so kepada blogger2 yang dah nak p tido' tu.. meh sini sat,baca ni skit.. smOga bermanfaat buat kalian.. InsyaAllah.. ^_^
TIDUR
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orang yang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga. Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah.Sebaliknya , jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan.Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 tak, Alhamdulillah 33 tak, Allahuakbar 33 tak.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik p elindung daripada sihir dan buatan orang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kain pelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa,Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut pera! ngai "bapa-bapa angkat" mereka ketika kita bersetubuh dulu."
Wallahua'lam.

kAeDah tErbaIk Elak tEkaNaN..
Bismillahhirahmannirahim.. Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ini Naja nak kongsikan cara-cara untuk kita mengelak tekanan.. Antaranya ialah :
1. Dekatkan diri kepada Allah SWT dengan mengamalkan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Paling utama solat, mengaji al-Quran dan wirid jangan ditinggalkan.
2. Sentiasa mendengar kuliah atau ceramah oleh ustaz.
3. Cari tempat yang sunyi, beribadat, bertafakur dan bermuhasabah diri. Fikir tenang-tenang.
4. Bergaul dengan orang yang positif dan berada dalam persekitaran yang positif. Segala yang positif akan membuatkan kita juga positif.
5. Mencari seorang yang boleh dipercayai sama ada dari segi agama atau akhlaknya untuk diceritakan masalah kita. Semoga mereka memberi nasihat dan panduan yang dapat membantu menyelesaikan masalah. Harus berhati-hati menceritakan masalah kita, takut nanti penasihat itu pula yang jadi batu apinya. Bercerita dan mengadulah dengan Allah SWT, Dialah sebaik-baik Penasihat dan Pendengar.
6. Banyakkan bersabar. Setiap manusia akan diuji dengan kemampuannya. Itu hakikat kehidupan yang harus kita terima dan reda.
7. Sentiasa bersyukur... Dapat nikmat pun bersyukur, dapat ujian pun bersyukur.
8. Bersihkan hati. Paling utama jangan ada perasaan hasad dengki, riak atau takbur.
9. Berlapang dada. Ingat apa yang berlaku dengan takdir Allah dan dengan izin-Nya. Pasti ada hikmah disebalik itu.
10.Teruskan berdoa sampai bila-bila di samping berikhtiar untuk menyelesaikan masalah.
Itulah antara cara-cara untuk mengelak dari tekanan yang boleh Naja kongsikan.. Moga bermanfaat buat kalian.. wassalam~ :)

9 sEbab hAti tiDak tEnang!!!
Assalamualaikum w.b.t
Entri ini lebih kepada menyambung semula entri yang lepas iaitu 10 CARA MENCARI KETENANGAN JIWA.. Nauzubillah, hindarkanlah Naja dan pembaca sekalian dari perkara ini.. Kerana bersikap MAZMUMMAH sememangnya tidak baik.. ok,inilah dia antara sebab hati tidak tenang :
1. Pemarah – paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..)
2. Pendendam – tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
5. Tamak – orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..
** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut…
8. Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. –Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada…
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah…
** Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
semoga kita semua terhindar dari perbuatan mazmummah ini.. insyaAllah.. wasalam~

10 cAra bAgaImaNa uNtUk mEncARi kEteNangAn JiWA..
Assalamualaikum w.b.t
Entri kali ni, naja nak kongsikan cara untuk mencari ketenangan jiwa.. Disebabkan hati ini yang asik berbolak-balik,jadi naja search lah cara2 untuk mendapat ketenteraman jiwa.. Jadi,inilah apa yang Naja dapat.. hehe jdi naja nak kongsikanlah pada follower Naja yang x berapa nak ramai ni cara2nya.. mungkin bermanfaat buat kalian.. ok,cara-caranya ialah... jeng..jeng..jeng..
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?
so sekarang dah tau lah kan.. ok,untuk sesiapa yang hatinya berbolak-balik macam Naja ni, bolehlah amalkan cara ni k.. InsyaAllah,kita akan mendapat ketengangan yang kita impikan.. wauwallahhualam bisawab.. sekian untuk entri kali ini,salam sayang dari Naja,GADIS SERBA KEKURANGAN.. wasalam~

Subscribe to:
Comments (Atom)