Assalamualaikum w.b.t
Begitu ramai orang muda yang sudah jatuh ke dalam lembah penzinaan. Orang tua pun dua kali lima juga.
Begitu ramai orang muda yang sudah jatuh ke dalam lembah penzinaan. Orang tua pun dua kali lima juga.
Tahun lepas saya baca satu artikel dalam surat khabar berkenaan gadis-gadis muda yang jual tubuh kerana inginkan duit untuk membeli gajet-gajet mahal. Ya Allah! Sedarlah, walaupun gajet-gajet tu harganya berjuta-juta ringgit sekalipun, maruah seorang gadis itu jauh lebih mahal. Malah, tiada tag harga! Priceless! Tapi, atas desakan peer pressure dan obsesi dunia sekarang dengan gajet-gajet mahal, mereka crumble.
Tu belum sembang lagi pasal berita-berita buang bayi yang masih lagi ada di dada-dada akhbar. Saya juga pernah menerima satu atau dua emel daripada individu-individu yang telah berzina.
Sedih.
Terlanjur?
Apabila kes-kes seperti ini ditulis dalam akhbar atau di mana-mana sahaja, sering kali saya melihat description yang diberikan adalah hamba Allah berkenaan telah “terlanjur”. Mengapa “terlanjur”? Seakan-akan perkara tersebut terjadi dengan tidak sengaja dengan adanya imbuhan “ter-” di situ.
Zina tidak berlaku dalam sekelip mata. Zina tidak “ter”jadi. Zina ada prosesnya dan proses ini mungkin mengambil masa beberapa jam, beberapa hari, beberapa bulan, atau beberapa tahun. Tiada siapa yang tahu. Apa yang pasti ialah jika kita masuk jalannya dan terus menyusuri jalan tersebut, maka eventually kita akan sampai ke destinasinya. Tidak ada istilah, “Oops, saya telah berzina!”
Zina ini adalah satu destinasi. Maka, kita jauhi jalan-jalan yang membawa kita kepada destinasi tersebut.
“And do not approach unlawful sexual intercourse. Indeed, it is ever an immorality and is evil as a way.” (Surah al-Isra’, Ayah 32)
Ayat ni memang straightforward. Kalau tak baca tafsirnya pun boleh faham maksudnya.
Zina itu adalah atas persetujuaan kedua-dua belah pihak – lelaki dan perempuan. Kalau tidak, itu tidak dipanggil zina, itu dipanggil rogol. Dalam kes rogol, ia berbeza. Ada pemangsa dan ada mangsa. Dalam kes zina, kedua-dua pihak adalah pemangsa dan mangsanya hanyalah diri mereka sendiri. Jadi, dalam kes zina, kedua-dua pihak bertanggungjawab dan mereka harusface the consequences.
We are responsible for the things that we do.
Solusi: Kahwin?
Ada golongan yang memberikan cadangan kepada mereka yang hangat ber”cinta” ini, “Korang tu dah hangat sangat. So daripada korang masuk berzina, baik korang kahwin je.” Bagus. Lebih baik berkahwin daripada berzina.
Bagus.
Tapi persoalan saya di sini ialah macam mana diorang boleh hangat sangat sampai ke tahap nak hampir-hampir berzina tu? Bukankah perkara ini kita harus dielakkan daripada awal? Janganlah sampai nak hampir-hampir berzina baru kita nak cakap, “Oh, baik kahwin je la.”
Perkahwinan itu bukanlah escape rope untuk mereka hangat ber”cinta” sampai nak hampir-hampir berzina. Perkahwinan itu perlukan persediaan dan planning. Kita sepatutnya approachperkahwinan dengan cara yang betul dari awal lagi. Bukannya “Oops, nak hampir berzina dah ni, jom kita kahwin!”
Selepas Zina, Reaksi Kita
Saya ni bukannya kaki kondem. Saya orang yang optimis. Bagi mereka yang berzina, kalau mereka datang kepada saya untuk meminta pertolongan, maka saya akan bantu seboleh-bolehnya. Saya tidak akan kata, “Ha, padan muka!” Itu tidak akan menyelesaikan masalahnya.
Katakanlah (nau’zubillah), zina sudah berlaku. Apa kita patut buat?
Kita, sebagai satu komuniti, harus bantu mereka yang terlibat untuk kembali ke jalan Allah. Bantu mereka untuk bertaubat. Bukannya kita sisihkan mereka dan label mereka sebagai “si penzina” for the rest of his/her life. Bagaimana mungkin individu tersebut ingin teruskan hidup mereka jika attitude kita begitu?
Jika seseorang itu telah bertaubat dengan ikhlas, bukankah Allah akan mengampuninya? Mengapa kita ingin mengungkit-ungkit perkara lama? Mengapa kita ingin menoreh lebih dalam lukanya yang sedang sembuh?
“Say, ‘O My servants who have transgressed against themselves [by sinning], do not despair of the mercy of Allah. Indeed, Allah forgives all sins. Indeed, it is He who is the Forgiving, the Merciful.’” (Surah az-Zumar, Ayah 53)
Sebelum Zina, Harus Waspada
Bagi kita yang tidak berzina, tidak menghampiri zina, dan yang menghampiri zina tapi belum berzina, jangan kita fikir, “Ah, benda ni takkan jadi kat aku! Ah, benda ni takkan jadi kat anak-anak aku.” Kenapa nak tipu diri? Sedangkan Nabi Yusuf pun pernah diuji nafsunya, apatah lagi kita ni? Nabi Yusuf pun berketar gegar meminta pertolongan Allah di kala dia diuji dengan seorang wanita, maka kita pun patut meminta pertolongan Allah untuk dikuatkan diri dan berhati-hati untuk tidak terjebak dengan apa-apa perbuatan yang boleh membawa kita kepada destinasi zina.
Bagi kita yang tidak berzina dan tidak menghampiri zina, jangan kita fikir, “Ah, padan muka diorang ni! Sape suruh gatal sangat!” Instead, kita harus fikir, “Apakah aku dah buat sedaya upaya aku untuk elak perkara ini daripada berlaku?” Saya percaya, perbuatan kita akan affectorang lain. Walaupun kita mungkin tiada relation langsung dengan Muslimin atau Muslimat yang telah berzina, kita sebagai a part of the community harus rasa bertanggungjawab.
Evaluate diri kita.
Bagaimana Environment Kita?
Sebagai masyarakat, apakah kita telah wujudkan satu environment yang sihat yang boleh mengelak berlakunya zina? Atau apakah komuniti kita ini mewujudkan jalan-jalan menuju zina?
Jika berlakunya zina (nau’zubillah), apakah kita telah wujudkan environment di mana mereka yang berzina itu boleh heal dan kembali kepada Allah? Saya tidak maksudkan di sini wujudkan pusat-pusat pemulihan zina (walaupun itu mewujudkan satu jalan pemulihan untuk mereka yang berzina). Apa yang saya maksudkan ialah kita sebagai komuniti, apakah kita menolong mereka untuk bertaubat ataupun kita kondem mereka sampai mereka rasa tak nak hidup dah atas muka bumi ni?
Sebagai keluarga, apakah kita telah didik ahli-ahli keluarga kita supaya mereka aware akan bahayanya zina dan equip mereka dengan ilmu-ilmu yang berguna yang dapat shield mereka apabila mereka menghadapi dunia luar yang mencabar Iman? Kita sebagai ayah, ibu, abang, atau kakak, apakah kita telah memainkan peranan kita sebagai pendidik kepada orang di bawah jagaan kita?
Sebagai rakan, apakah kita menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain? Ataupun kita ni kaki ajak rakan-rakan buat benda yang bukan-bukan?
Sebagai individu, apakah kita telah didik diri sendiri untuk menjauhi zina?
Kalau jawapan kepada mana-mana soalan di atas atau semua soalan di atas adalah “Tidak,” maka jangan kita nak tuding jari sana sini.
Kalau rasa nak tuding jari jugak, tuding kat cermin

No comments:
Post a Comment