Entri kali ini,naja ingin menyentuh sedikit perihal wanita.. Hah,wanita2 sekalian.. meh sini baca entri ni.. Ramai yang tidak tahu mengenai hal ini,bagi yang dah tahu tu,tahniah la yerr.. hehe Kaum Adam pula kalau nak baca,bacalah.. Ilmu kan,apa salahnya.. Naja nak usik sikit tentang air yang keluar daripada kemaluan wanita.. Ramai yang tidak tahu atau was2 tentang air yang keluar daripada kemaluan anda kan.. Okey,inilah masanya untuk anda tahu mengenainya.. Hal ini penting agar ibadat kita diterima Allah s.w.t.. Strait to the point jelah ea.. Nanti makin melalut pulak perginya.. Naja sertakan jawapan seorang ustaz bagi perihal ini.. Baca dan fahaminya..
Air yang keluar dari kemaluan wanita kebiasaannya tidak lari dari empat jenis;
1. Air kencing
2. Air Mazi
3. Air Madi
4. Air Mani
Dari empat air di atas, tiga darinya adalah najis iaitu air kencing, air madi dan air mazi. Adapun air mani ia tidaklah najis kerana ia adalah asal kejadian. Adapun ciri-ciri setiap air di atas -untuk memudahkan kita mengenalinya-, maka berdasarkan keterangan ulamak;

- Air kencing; cirinya sebagaimana sedia maklum
- Air Mazi; cirinya adalah melekit dan keluar dari kemaluan (zakar atau faraj) biasanya tatkala naik syahwat.
- Air Wadi; cirinya ialah kental, berwarna putih dan keluar dari kemaluan sesudah buang air kecil.
- Air Mani pula; air mani lelaki, cirinya; berwarna putih dan tebal/kental. Adapun air mani perempuan; warnanya kuning dan nipis/cair (yakni tidak kental). Kedua-dua air mani lelaki dan perempuan itu ada ciri kebersamaannya, iaitu;
a) Bau air mani perempuan sama seperti bau air mani lelaki iaitu seperti bau tepung diuli,
b) Dirasai kelazatan ketika keluarnya dan selepas keluarnya badan merasai keletihan dan syahwat menjadi reda.
Menyentuh tentang mandi, dari empat air di atas, hanya keluar air mani sahaja yang mewajibkan mandi. Adapun keluar kencing, mazi dan wadi, tidaklah mewajibkan mandi, akan tetapi ia adalah najis dan membatalkan wudhuk dengan keluarnya. Oleh demikian, apabila keluar air-air selain mani itu, yang wajib dilakukan sebelum solat ialah membasuhnya dan mengambil wudhuk.

No comments:
Post a Comment