welcOme to my blOg

Friday, 14 June 2013

hukum menonton pornografi video

Assalamualaikum w.b.t

Pada entri kali ini.. naja nak berkongsi sikit tentang hukum menonton video berunsur pornografi atau dalam erti kata lainnya lucah.. Zaman era globalisasi ini,naja lihat terlampau ramai remaja mahupun orang dewasa yang terpengaruh dan terhasut untuk menonton video ini.. Video ini sememangnya tidak baik untuk ditonton kerana boleh menyebabkan ketagihan dan merosakkan akal fikiran.. Disini naja sertakan soal jawab dua orang hamba Allah berkenaan dengan hukum menonton porno video dan juga cara mengatasi dan azab yang akan diterima bagi penonton video tersebut..


Soalan

APAKAH HUKUMNYA KALAU MENONTON SEKS SEBAB SAYA SUDAH KETAGIH MENONTON VIDEO SEKS.BAGAIMANA MAHU ATASI MASALAH BEGINI? APAKAH AZAB BAGI ORANG YANG MENONTON VIDEO LUCAH ATAU SEKS?

Jawapan

Waalaikum ussalam,
Menurut Islam Hukum menonton video seks itu adalah haram.Perasaan ketagih ini timbul disebabkan anda terlalu kerap menonton videa seumpama itu.Dalam waktu yang sama anda gagal untuk mendidik diri dan iman anda daripada perkara-perkara yang dilarang oleh syarak.
Bagi mengatasi perkara tersebut para sarjana dan ulamak fekah telah menyediakan  kaedah yang paling praktikal untuk diikuti iaitu:
1.Berkahwin bagi yang telah bersedia dari segi fizikal,kewangan,mental dan emosi
2.Jika tidak dapat laksanakan yang pertama anda perlu berpuasa bagi tujuan untuk mengendurkan nafsu
3.Melibatkan diri dengan aktiviti sukan dan rekreasi
4.Melibatkan diri dengan usrah atau persatuan-persatuan yang sekaligus  fikran anda tidak akan tertumpu kepada seks dan gambar lucah.
Azab @ kesan bagi yang menonton video lucah ialah:
1.Allah tarik seri di wajahnya
2.Rezki disempitkan
3.Allah bentuk titik-titik hitam di hatinya setiap kali dia tengok  video seks
4.Tayangan Gambar seks akan dipancarkan di padang mahsyar  ketika  berhimpun di hari Qiamat kelak.
5Kesan berdosa tetap ada sehingga doanya kurang dimakbulkan oleh Allah SWT.
Justeru panel nasihatkan agar anda segera bertaubat nasuha (sungguh-sungguh) kepada Allah,mudah-mudahan niat anda diterima dan dosa anda diampunkan.Wallahu a'lam


Itulah dia soal jawab yang naja sertakan.. MashaAllah,sesungguhnya pintu taubat selalu terbuka buat hamba-hambaNya.. Bertaubatlah segera sementara masih ada waktu untuk berbuat demikian.. Sesungguhnya perbuatan ini tidak berfaedah sama sekali.. Adakah anda memilih untuk terus melakukan amalan ini setelah anda ketahui hukum dan azabnya?? Fikirkanlah semasak-masaknya.. Adakah kita mahu dilaknat Allah s.w.t dan rasul-Nya?? Adakah kita mahu Rasulullah tidak mengaku kita sebagai umatnya?? Wauwallahhualam bisawab.. semua itu ada ditangan anda.. Ubahlah amalan keji ini kepada amalan yang mulia.. Semoga entri saya hari ini bermanfaat buat kalian.. Wasalam

No comments:

Post a Comment